Laman mim2diatas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Tujuan kami bina laman web ini ialah sebagai storage nota-nota, definisi dan pengetahuan tentang ibadah haji, dalam persediaan kami untuk menunaikan fardhu haji. Ianya ialah sebagai kemudahan untuk kami merujuk bila kami keluar (menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya). Jadi, kami tidak perlu membawa nota-nota, buku meskipun pendrive. Apa yang kami perlukan ialah sebuah PC atau notebook dan talian internet.

Jadi kami boleh mengulangkaji di mana-mana.

Nota-nota dan pengisian catatan haji dalam laman web ini adalah dari gabungan buku, kursus haji dan muat turun dari laman web lain. Diharapkan sumber-sumber yang kami ambil ini boleh menghalalkan apa yang kami lakukan ini. Kami tidak mencari keuntungan duniwai dari laman ini. Tetapi jika laman ini boleh membantu pengunjung lain, ianya amat amat kami alu-alukan.
Sedikit  gambar-gambar kami selitkan sebagai kenangan perjalanan Haji kami dan mungkin boleh membantu dari segi visual untuk pengunjung yang belum pernah sampai ke sana, mendapat sedikit bayangan tentang tempat tersebut.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

وَأَتِموُّاالْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ ِللهِ – البقرة 196

Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana ALLAH


 

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلىَ بَيْتِ اللهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلاَ عَلَيْهِ أَنْ يَمُوْتُ إِنْ شَاءَ يَهُوْدِيًّا وَإِنْ شَاءَ نَصْرَانِيًّا

Daripada Ali (RA): Bersabda Rasullullah (SAW), Barangsiapa yamg mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikan ke Baitullah, tetapi ia tidak menunaikan Haji maka tiada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya yahudi atau nasrani.

 

Daripada Abi Hurairah (RA), Bersabda Rasullullah (SAW):

مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa menunaikan Haji sedang ia tiada mencabul dan tiada menceroboh maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.


 

Maksud Hadith daripada Abi Hurairah (RA), Bersabda Rasullullah (SAW):

Dosa yang berlaku diantara dua Umrah adalah dihapuskan dan tiada balasan bagi  Haji yang Mabrur (Haji yang diterima) melainkan Syurga.


Nota Kelas Haji :

Rukun Haji / Umrah :

Pekerjaan asas yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan Haji atau Umrah.


Sekiranya ditinggalkan salah satu daripada Rukun tersebut sama ada sengaja atau terlupa, maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH.

Rukun Haji (ada 6)

 

  1. niat ihram Haji
  2. wukuf di Arafah
  3. tawaf ifadah
  4. saie
  5. bercukur/gunting
  6. tertib pada kebanyakan rukunnya

 

Rukun Umrah (ada 5)

1. niat ihram Umrah
2. tawaf ifadah
3. saie
4. bercukur/gunting
5. tertib

 

Wajib Haji / Umrah :

 

Pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji / Umrah.

 

Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, maka Haji / Umrah itu SAH tetapi WAJIB keatasnya DAM. Adalah berdosa jika meinggalkan perkara yang wajib dengan sengaja.

Wajib Haji (ada 6)

 

  1. berniat ihram di Miqat
  2. bermalam (Mabit) di Muzdalifah
  3. melontar jumratul Aqabah
  4. bermalam di Mina
  5. melontar ketiga2 jumrah pd hari tasyriq (11, 12 & 13 zulhijah)
  6. meningalkan perkara-perkara yang dilarang dalam ihram (ada 13)

 

 

Wajib Umrah (ada 2)

 

  1. berniat ihram di Miqat
  2. meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam ihram (ada13)

 

 

Perkara2 yang dilarang semasa ihram (ada 13)

 

  1. tutup kepala bagi lelaki
  2. pakai pakaian bersarung bagi lelaki
  3. tutup muka dan 2 tapak tangan (L/P)
  4. pakai sarung tangan ( L/P)
  5. pakai bauan (badan/pakaian/minuman/hisap ke hidung)
  6. pakai minyak rambut/janggut
  7. tanggalkan rambut/bulu pada anggota badan
  8. potong kuku
  9. kerat/tebang pokok/tumbuhan di tanah haram
  10. memburu / membinasakan binatang
  11. bersetubuh
  12. melakukan perkara pendahuluan bersetubuh (cium/peluk…)
  13. akad nikah (ijab qabul untuk sendiri /wakili orang lain)

 


Klik di sini untuk terus ke Laman Catatan Haji

sumber diambil dari http://tv.muxlim.com/video/42zSvUiLoS_/Performing-Hajj-Trailer-Imam-Tahir-Anwar/