Laman mim2diatas

Muzdalifah ialah nama satu tempat yang terletak lebih kurang 8 km dari Arafah menuju ke Mina.
Bermalam (mabit) di Muzdalifah boleh sepenuhnya hingga subuh atau memadai berada di situ walaupun sekejap selepas separuh malam ke 10 Zulhijjah (malam hari raya haji). Meninggalkannya tanpa uzur syar'i berdosa dan wajib membayar dam.


Mabit di Muzdalifah... on the way ke Mina...


Antara aktivitinya ialah berzikir, berdoa, solat sunat, membaca ayat-ayat suci Al Quran, mengutip anak batu untuk digunakan semasa melontar jamrah di Mina nanti...


kemudian selepas tengah malam, kami bergerak ke Mina...