Laman mim2diatas

 
السلام عليكم

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Selamat mengunjungi laman web kami...



سلامت تاهون بارو هجره

دعاء اخير تاهون

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَمَ. اَللَّهُمَّ مَاعَمِلْنَا فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِنَا وَدَعَوْتَنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلَنَا. وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَاذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ اَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَتَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَاكَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

 

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga ALLAH cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarganya dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Ya ALLAH Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredahai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan yang tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekelian mohon keampunanMu. Ya ALLAH ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah

 

دعاء اول تاهون

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ. وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ. وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا. نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلاِشْتِغَالَ بِمَايُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى، يَاذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.يَاأَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

 

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Ya ALLAH Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekelian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepadaMu Ya ALLAH akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya ALLAH Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya ALLAH Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.


NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban adalah hari kelima-belas Syaaban jatuh pada hari Khamis 06 Ogos 2009.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

2. Berpuasa pada siangnya (15 Syaaban)

Insyallah dilapangkan masa untuk beribadah…. Aminnn

 

RAJAB

Rajab, adalah bulan ketujuh dalam kalender Hijra. Bulan ini dikenal sebagai bulan ALLAH.


zikir bulan Rajab: 1-10 Rajab:

سُبْحَانَ الْحَيِّ الْقَيُّمِ

Sebanyak 100 kali setiap hari

11-20 Rajab:

سُبْحَانَ اللهِ اْلاَحَدِ صَّمَدِ

Sebanyak 100 kali setiap hari

 

21-30 Rajab:

سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ

Sebanyak 100 kali setiap hari

Istighfar Rajab

70 kali pagi dan 70 kali petang :

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لاَاِلَهَ اِلاَّ هُوَالْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَيَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعً وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاتًا وَلاَنُشُوْرًا

 

 


UMRAH 2009

Alhamdulillah syukur kerana saya telah diberi peluang lagi menerima jemputan ke tanah suci untuk tempoh 13 – 25 April yang lalu

Mekah telah mula berubah atas penambahan keluasan Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya. Hotel-hotel lama telah dirobohkan

 

Masjid Nabawi di Madinah juga telah dinaik taraf. Payung-payung gergasi telah dibina dan mula digunakan di kawasan luar masjid.

 

Moga saya akan dapat lagi peluang dijemput ke Haramain lagi dan lagi dan lagi… amin…

_______________________

12 Rabiul Awal

Memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW:

صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم

 

Kelebihan selawat:

 

  1. Selawat Tib

صلوات الطب

 

<!--[if !supportLists]-->-         <!--[endif]-->Baik untuk anak-anak yang sedang belajar sebagai penerang hati,

<!--[if !supportLists]-->-         <!--[endif]-->Mengawal kesihatan tubuh badan dan menyembuhkan segala penyakit,

 

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَآئِهَا، وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَآئِهَا، وَنُوْرِاْلأَبْصَارِ وَضِيَآئِهَا، بِحَقِّ عَظَمَةِ ذَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

Ya Tuhanku, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW rahmat yang dengannya dapat membaiki hati yang kusut dan menjadi ubatnya, mensihatkan badan dari segala penyakit dan menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pemandangan mata dan menyinarkannya dan limpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.

 

 

  1. Selawat Fatih

صلوات الفاتح

 

<!--[if !supportLists]-->-         <!--[endif]-->Selawat pembukaan dan menghuraikan segala kerumitan dan kebuntuan,

<!--[if !supportLists]-->-         <!--[endif]-->Menunaikan permohonan hajat perkara-perkara yang lama belum berhasil,

 

اَللَّهُمَّ صّلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ اْلفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتِمِ لِمَاسَبَقَ، وَالنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِيْ إِلىَ صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ، وَعَلىَ أَلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

Ya Tuhanku, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang membukakan bagi apa-apa yang terkunci, yang penyudah bagi apa-apa yang dahulu yang menolong akan kebenaran, yang menunjuk kepada jalan yang lurus, dan ke atas keluarganya dan sahabatnya dengan selawat yang layak dengan kadarnya dan maqamnya yang mulia itu.

 

 

  1. Selawat Nur (Cahaya)

صلوات النور

 

<!--[if !supportLists]-->-         <!--[endif]-->Penerang hati,

<!--[if !supportLists]-->-         <!--[endif]-->Memperoleh ilmu rahsia,

<!--[if !supportLists]-->-         <!--[endif]-->Mengubati bisa-bisa,

<!--[if !supportLists]-->-         <!--[endif]-->Pembukaan rezeki dan kekayaan

 

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ نُوْرِ اْلأَنْوَارِ، وَسِرِّاْلأَسْرَارْ، وَتِرْيَاقِ اْلأَغْيَارْ، وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارْ، سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدِ نِ الْمُخْتَارْ، وَاَلِهِ اْلأَطْهَارْ، وَأَصْحَابِهِ اْلأَخْيَارْ، عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَإِفْضَالِهِ

Ya Tuhanku, limpahkanlah rahmat di atas cahaya bagi segala cahaya, dan rahsia bagi segala rahsia, dan ubat segala perkara yang lain yang memalingkan hati dan anak kunci pintu kesenangan penghulu kami dan junjungan kami Muhammad yang terpilih dan keluarganya yang bersih dan sahabatnya yang mulia sebanyak bilangan nikmat ALLAH dan limpah kurnianya.

________________________

Selamat datang Bulan Safar

(bulan kedua dalam kalender Islam)

hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari;

Maksudnya;

Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.“

-------------------------------------------- 

اهلا وسهلا عاشوراء

Selamat Menyambut Hari Tasu’aa (9 Muharram) dan Asyura (10 Muharram)!!!

Jom Puasa!!!

Zikir dan Doa Hari Asyura (dibaca selepas menunaikan Fardhu Asar pada Hari Asyura) :

ZIKIR(dibaca 70 kali)

حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلىَ وَنِعْمَ النَّصِيْرَ

Cukuplah aku hanya ALLAH itulah sahaja sebaik-baik tempat berserah, dan sebaik-baik tuan dan sebaik-baik yang menolong

 

DOA(dibaca 7 kali)

اَلْحَمْدُِللهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ، وَصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ اللهِ مِلْ ءَالْمِيْزَانِ، وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَ، وَزِنَةَ الْعَرْشِ، لاَمَلْجَاءَ وَلاَمَنْجَى، مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَاتِ كُلِّهَا، أَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ. وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ، وَهُوَحَسْبِيْ وَنِعْمَ الْوَكِيْلِ، نِعْمَ الْمَوْلىَ وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Segala puji itu bagi ALLAH Tuhan pentadbir seluruh alam dan semoga ALLAH mencucuri rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Maha Suci ALLAH sepenuh timbangan (Mizan di Hari Qiamat). Sejauh-jauh pengetahuan, sehabis-habis redha, seberat Arash, tiada tempat berlindung, tiada tempat selamat daripada azab seksa ALLAH, melainkan hanya kepada ALLAH. Maha Suci ALLAH sebilangan angka genap dan ganjil, sebesar bilangan kalimah-kalimah (perintah) ALLAH yang sempurna sekeliannya. Aku bermohon kepadaMU Ya ALLAH akan selamat sejahtera, mohon limpah rahmatMU jua Wahai Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kehendak ALLAH Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Dialah yang mengira-ngira aku, dan sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik tuan dan sebaik-baik yang menolong. Barang dicucuri rahmat dan sejahtera apalah kiranya ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.

Amin….

_______________


Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di laman kami....

Syukran Jazilan....

hubungi kami : jek1931@gmail.com