Laman mim2diatas

Sebelum berniat di Miqat *, disunatkan mandi sunat ihram dahulu :

Niat mandi sunat ihram
نية مندي سنة احرام
 
نَوَيْتُ الْغُسْلَ سُنَّةً لِلإِحْرَامِ ِللهِ تَعَالىَ
Sahaja aku mandi sunat ihram kerana ALLAH TA’ALA

 

----------------------------------------------------------------------------- 
 
Niat Mengerjakan Haji
نية حاج
 
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَامْتُ بِهِ ِللهِ تَعَالىَ
Sahaja aku mengerjakan Haji dan ihramlah aku dengannya kerana ALLAH TA’ALA
 
 
Niat Mengerjakan Umrah
نية عمره
 
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَامْتُ بِهَا للهِ تَعَالىَ
Sahaja aku mengerjakan Umrah dan ihramlah aku dengannya kerana ALLAH TA’ALA



Nota :

*Haji Tamatuk ( mengerjakah Umrah dahulu, kemudian mengerjakan Haji) - maknanya, semasa di Miqat hendaklah berniat Umrah

Haji Ifrad ( mengerjakah Haji dahulu, kemudian mengerjakan Umrah) - maknanya, semasa di Miqat hendaklah berniat Haji

Haji Kiran
( mengerjakah Haji dan Umrah sekali)


* Miqat adalah tempat-tempat yang telah ditentukan untuk membolehkan seseorang tetamu ALLAH itu berniat ihram Haji dan/atau Umrah :

1. Jika jemaah berada di atas kapal terbang dan mendarat di Jeddah, kemudiannya terus ke Mekah, niatnya ialah di atas kapal terbang sebelum melalui miqatnya di Qarnul Manazil





2. Jika kapal mendarat di Jeddah, kemudian terus ke Madinah dahulu, atau kapal terus mendarat di Madinah, berniat ihram semasa hendak kertolak ke Mekah. tempatnya ialah di Bi'ru Ali (Abiar Ali) .



3. Dahulu, jemmah yang menaiki kapal laut berniat ihram di miqatnya di Yalamlam.

4. Semasa berada di Mekah, jika hendak mengerjakan Umrah, jemaah hendaklah keluar ke tanah halal dan berniat di Miqat yang telah ditentukan. Antaranya ialah di Tana'im, Ja'ronah dan Hudaibiyah.






5. Jika mengerjakan Haji Tamatuk, jemaah berniat ihram di Hotel/rumah kediaman di Mekah. Tetapi dikenakan Dam. Dam ini adalah sebagai tanda kesyukuran kerana jemaah tak perlu ke tanah halal untuk berniat ihram.