Laman mim2diatas

 

Melontar jamrah; melontar 7 biji anak batu pada tiap-tiap jamrah. Mula-mula setelah tiba dari muzdalifah kita akan melontar di Jamratul Kubro (Jamratul Aqabah).


Bacaan semasa melontar
 
بِسْمِ اللهِ اَللهُ أَكْبَر، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِه
Dengan nama ALLAH yang maha besar, melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya

 


Semasa berada di Mina pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13), kita melontar di Jamratul Sughro(Jamratul Ula), jamratul Wusto dan jamratul Kubro. Jadi dalam satu hari kita akan melontar sebanyak 21 biji anak batu. 3 hari tasyrik jadi 63 biji anak batu.

Bermakna keseluruhannya kita akan melontar sebanyak 70 biji anak batu...

Doa selepas melontar :

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ

Ya ALLAH, kurkanlah hajiku ini haji yang mabrur, saie yang diterima, dosa yang diampuni dan amal soleh yabg diterima dan urusan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.



Bagi yg nak buat Nafar Awal, kembali ke Mekah pada 12 Zulhijah...