Laman mim2diatas

 

دعاء طواف

فوسيغن 1

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُللهِ وِلآَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ, وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ, وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, اَللَّهُمَّ إِيْمَانًا بِكَ وَتَصْدِيْقًا بِكِتَابِكَ وَوَفَآءً­ بِعَهْدِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّآئِمَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالاَخِرَةِ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ

 Maha suci ALLAH, segala puji bagi ALLAH, tidak ada tuhan yang disembah selain ALLAH. ALLAH maha besar tidak ada daya dan kekuatan selain dari ALLAH yang maha tinggi dan maha agung. Salawat dan salam bagi Rasullullah SAW.

Ya ALLAH, aku tawaf ini kerana beriman kepadaMU, dan membenarkan kitabMU dan memenuhi janjiMU dan mengikuti sunah NabiMU Muhammad SAW. Ya ALLAH, sesungguhnya aku ini memohon kepadaMU keampunan, kesihatan, kesejahteraan yang kekal dalam menjalankan agama, di dunia dan di akhirat, kemenangan memperoleh syurga dan terhindar dari neraka.

 

فوسيغن 2

 اَللَّهُمَّ إنَّ هَذَا الْبَيْتَ بَيْتُكَ وَالْحَرَامَ حَرَمُكَ وَالاَمْنَ اَمْنُكَ وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ وَاَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَهَذَا مَقَامُ الْعَآئِذِبِكَ مِنَ النَّارِ, فَحَرِّمْ لُحُوْمَنَا وَبَشَرَتَنَا عَلَى النَّارِ, اَللَّهُمَّ حَبِّبْ اِلَيْنَا الاِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِى قُلُوْبِنَا وَكَرِّهْ اِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّشِدِيْنَ, اَللَّهُمَّ قِنِيْ عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ, اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ

 Ya ALLAH, sesungguhnya Baitullah ini rumahMU, tanah mulia tanah haramMU, negeri aman ini negeriMU, hamba ini hambaMU, dan tempat ini adalah tempat orang berlindung padaMU dari neraka, maka peliharalah daging dan kulit kami dari neraka.

Ya ALLAH, cintakanlah kami pada iman dan pindahkanlah ia di hati kami, bencikanlah kami pada perbuatan kufur, fasik, maksiat dan derhaka serta masukkanlah kami ini dalam golongan orang yang mendapat petunjuk. Ya ALLAH, peliharalah aku dari azabMU dihari engkau kelak membangkitkan hamba-hambaMU. Ya ALLAH, anugerahkanlah aku syurga dengan tanpa hisab.

 

فوسيغن 3

 اَللَّهُمَّ إنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنَ الشَّكِّ وَالشِّرْكِ وَالشِّقَاقِ وَالنَّفَاقِ وَسُوءِ اْلاَخْلاَقِ وَسُوءِ الْمَنْظَرِ وَالْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأهْلِ وَالْوَلَدِ, اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّاِر, اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

Ya ALLAH, aku berlindung kepadamu dari keraguan, syirik, pergaduhan, munafik, buruk budi pekerti, buruk pandangan, dan salah urusan terhadap harta benda dan keluarga. Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon padaMU keredhaanMU dan syurga, dan aku berlindung padaMU dari murkaMU dan neraka. Ya ALLAH aku berlindung padaMU dari fitnah kubur serta dari fitnah kehidupan dan derita kematian.

 

فوسيغن 4

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ، يَا عَالِمَ مَا فِى الصُّدُوْرِ أَخْرِجْنِيْ يَا اللهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلَى النُّوْرِ، اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ اِثْمٍ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ، رَبِّ قَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِىْ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا أَعْطَيْتَنِيْ وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلِّ غَائِبَةٍ لِىْ مِنْكَ بِخَيْرٍ.

Ya ALLAH, jadikanlah hajiku ini haji yang mabrur, saie yang diterima, dosa yang diampuni dan amal soleh yabg diterima dan urusan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.

Wahai Tuhan yang maha mengetahui apa-apa yang terkandung dalam sanubari. Keluarkanlah aku dari kegelapan ke cahaya yang terang benderang. Ya ALLAH, aku mohon padaMU segala hal yang mendatangkan rahmatMU, dan segala ampunanMU selamat dari segala dosa dan beruntung dengan mendapat rupa-rupa kebaikan, beruntung dengan memperoleh syurga, terhindar dari neraka, Tuhanku puaskanlah aku dengan anugarah yang telah engkau berikan, berkatilah aku atas semua yang engkau anugerahkan kepadaku dan gantilah apa-apa yang hilang daripadaku dengan kebijaksanaan dariMU.

فوسيغن 5

اَللَّهُمَّ اَظِلَّنِيْ تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَ ظِلَّ اِلاَّ ظِلُّكَ وَلاَ بَاقِىَ اِلاَّ وَجْهُكَ وَاسْقِنِيْ مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيْئَةً  لاَ اَظْمَأُ بَعْدَهَا اَبَدًا, اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِمَاسَأَلََكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيْمَهَا وَمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ اَوْ فِعْلٍ اَوْ عَمَلٍ، وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ اَوْ فِعْلٍ اَوْ عَمَلٍ

Ya ALLAH, lindungilah aku dibawah naungan arashMU pada hari yang tidak ada naungan selain dari naunganMU dan tidak ada yang kekal selain dari zatMU. Dan beri aku minuman dari telaga Nabi Muhammad SAW dengan suatu minuman yang lazat, nyaman, sesudah itu aku tidak akan haus untuk selamanya. Ya ALLAH aku mohon padaMU kebaikan yang diminta oleh NabiMU Muhammad SAW dan aku berlindung padaMU dari kejahatan sebagaimana yang diminta oleh NabiMU Muhammad SAW. Ya ALLAH aku mohon syurga serta nikmatnya dan apa pun yang dapat mendekatkan kepadanya baik perkataan, perbuatan ataupun amalan, dan aku berlindung padaMU dari neraka serta yang mendekatkan aku kepadanya baik perkataan, perbuatan ataupun amalan.

 
فوسيغن 6

 اَللَّهُمَّ إنَّ لَكَ عَلَيَّ حُقُوْقًا كَثِيْرَةً فِيْمَا بَيْنِيْ وَبَيْنَكَ وَحُقُوْقًا كَثِيْرَةً فِيْمَا بَيْنِيْ وَبَيْنَ خَلْقِكَ, اَللَّهُمَّ مَا كَانَ لَكَ مِنْهَا فَاغْفِرْلِيْ وَمَا كَانَ لِخَلْقِكَ فَتَحَمِّلْهُ عَنِّيْ وَاَغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ يَاوَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ اَللَّهُمَّ اِنَّ بَيْتَكَ عَظِيْمٌ وَوَجْهُكَ كَرِيْمٌ وَاَنْتَ يَااَللهُ حَلِيْمٌ كَرِيْمٌ عَظِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ.

 
Ya ALLAH, sesungguhnya engkau mempunyai beberapa hak yang diantara aku denganMU dan kewajipan yang ada padaku dengan makhlukMU, Ya ALLAH ampunilah kesalahanku terhadapMU, ampunilah aku dan apa pun kesalahanku antara makhlukMU, hapuskanlah daripadaku, cukupkanlah aku dengan rezekimu yang halal, terhindar dari yang haram dan dengan berbuat taat kepadaMU dari perbuatan derhaka dan dengan nikmat kelebihanMU, wahai Tuhan yang maha pengampun, Ya ALLAH sesungguhnya rumahMU ini agung, zatMU pun mulia, engkau maha bijaksana, maha pemurah, maha agung yang sangat suka memberi ampun, maka ampuhilah aku.

 

فوسيغن 7

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا كَامِلاً وَيَقِيْنًا صَادِقًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَقَلْبًا خَاشِعًا وَلِسَانًا ذَاكِرًا وَحَلاَلاً طَيِّبًا وَتَوْبَةً نَصُوْحًا وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَاحَةً عِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً بَعْدَالْمَوْتِ وَالْعَفْوَ عِنْدَالْحِسَابِ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ, وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ بِرَحْمَتِكَ يَاعَزِيْزُ يَاغَفَّارُ, رَبِّ زِدْنِيْ عِلْمًا وَاَلْحِقْنِيْ بِالصَّالِحِيْنَ.

Ya ALLAH, aku mohon padaMU iman yang sempurna, keyakinan yang benar, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang selalu berzikir menyebut namaMU, rezeki yang halal yang baik, taubat nasuha dan taubat sebelum mati, ketenangan ketika hendak mati, ampunan serta rahmat sesudah mati, ampunan ketika dihisab, keberuntungan memperoleh syurga dan keterhindaran dari neraka dengan rahmat kasih sayangMU wahai Tuhan yang maha tinggi yang maha pengampun. Tuhanku, berilah aku ilmu pengetahuan dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

 



______________________________________________ 

Sebuah kisah menceritakan bahawa para malaikat telahpun melakukan tawaf 2000 tahun sebelum Nabi Adam AS mula melakukannya. Dan bacaan setiap keliling tawaf para malaikat ialah :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُللهِ وِلآَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ

Kemudian tawaf Nabi Adam AS ditambah pula :

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ


Kemudian bacaan semasa Nabi Ibrahim AS ditambah pula :

الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

--------

Doa tawaf yang ringkas ialah seperti bacaan zikir harian kita :

 

Pusingan 1:

يالله

 

Pusingan 2 :

لآَ إِلهَ إِلاَّ الله

 

Pusingan 3 :

يَاحَيُّ يَاقَيُّوْمُ

 

Pusingan 4 :

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

 

Pusingan 5 :

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 

Pusingan 6 :

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْم

 

Pusingan 7 :

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ